Soalan: Bincangkan bentuk-bentuk interaksi
yang memberi kesan negatif kepada pembinaan kemenjadian murid. Bagaimana anda sebagai
pendidik dapat menangani situasi tersebut
Pengenalan
Institusi-institusi pendidikan di Malaysia
kini memerlukan perubahan yang berterusan bagi mengekalkan dan meningkatkan
prestasi serta keberkesanannya. Ianya merupakan wawasan dan agenda penting yang
termaktub dalam misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi fokus
kepada usaha membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti, bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia. Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan: akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 2-1).
Dalam konteks Malaysia, aspirasi ini muncul daripada kandungan laporan
pendidikan yang bersejarah dan masih relevan, sama seperti ketika mula-mula
direncanakan. Pada tahun 1956, Laporan Razak merencanakan suatu sistem
pendidikan kebangsaan yang menjamin tempat di sekolah untuk
semua kanak-kanak tanpa mengira etnik atau
latar belakang sosioekonomi, dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang
menghargai perpaduan dalam kepelbagaian. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa
Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Laporan ini juga menegaskan
semula matlamat Malaysia terhadap sistem pendidikan berfokuskan pendidikan
murid secara holistik, dan menyediakan negara untuk masa depan.
Terbaru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) memberi tumpuan
kepada usaha meningkatkan akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan keberkesanan
pengurusan pendidikan. Kelima-lima teras asas ini juga selari dengan aspirasi
Dialog Nasional. Tindakan dalam melaksanakannya penting dan tiada satu pun
inisiatif pelaksanaan seharusnya mengganggu atau menjejas kemajuan aspirasi
lain. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2015).
Untuk mengekal dan meningkatkan prestasi serta keberkesanan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut, menuntut komitmen dan usaha yang
berterusan daripada kepemimpinan sekolah dan guru-guru yang menjadi tonggak
utama membentuk dan meningkatkan kemenjadian murid dalam akademik, kokurikulum
dan sahsiah di peringkat sekolah. Perubahan dan keberkesanan pelaksanaan sistem
pendidikan dalam sesebuah negara sering kali dikaitkan dengan kecemerlangan
kepemimpinan dan kualiti guruguru dalam sesebuah sekolah (Kantrowitz &
Wingert, 2000). Malah pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan
bergantung kepada sistem pendidikan, 2 Oleh itu, perubahan yang berterusan bagi
meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan menuntut pemimpin sekolah dan guru
lebih bersikap adaptif, bekerja secara efektif, sentiasa meningkatkan kemajuan
sekolah, berfokus kepada kebajikan dan kemajuan pelajar dan berkongsi matlamat
untuk memajukan sekolah dan meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia.
Dalam hal ini, kekukuhan dan penyuburan perkembangan diri pemimpin yang
stabil dari aspek psikologi bagi meningkatkan penglibatan kendiri yang optimum
dalam kemahiran berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar harus diutamakan
(Mariani Md Nor, 2002).
Definisi
Interaksi menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi keempat ialah tindakan atau
perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa
pihak. Mengikut kamus ‘A English Dictionary’: Interaksi bererti proses saling
bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam
bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu interaksi antara individu
dan interaksi di antara individu dengan alam sekitar. Mengikut model pengajaran
Sim, konsep interaksi dalam bilik darjah boleh merujuk kepada proses saling
bertindak diantara guru,murid,objektif pelajaran, isi kandungan serta alam
sekitarnya yang meliputi segala aspek budaya, sosioekonomi, organisasi, lokasi
dan masa.
Kemenjadian Murid
Kemenjadian murid membawa maksud perihal
murid di dalam bidang akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah yang
membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah dalam
menghasilkan
pendidikan yang berkualiti tinggi. Manakala Mohd Asran (2011) mendefinisikannya sebagai indikator penerimaan ilmu yang dapat diukur melalui perubahan tingkah laku, atau lebih dikenali
sebagai kemenjadian
murid dan proses ini berterusan hingga ke akhir persekolahan.
Termalogi atau rangkaikata
" kemenjadian murid" mula digunapakai oleh Dato' Abd Rahim Tahir,
mantan Pengarah Pelajaran Terengganu yang juga mantan Ketua Jemaah Nazir
Malaysia. Seringkali dalam ucapan serta pidatonya yang hebat serta kertas
penulisan beliau, termalogi "kemenjadian murid" diulang sebut dengan
penuh pengertian biarpun tidak kurang suara dan wajah sinis memandangnya.
Apabila beliau menjadi Ketua Jemaah Nazir "kemenjadian murid"
diangkat menjadi salah satu fokus dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
dan digunapakai hingga kini secara formaliti.
Secara mudahnya "kemenjadian
murid" itu adalah "outcome" atau rupa bentuk insan yang kita
mahu hasilkan dari kerjabuat kita mendidik sama ada ianya benar-benar
terjadi dengan sempurna, kurang sempurna atau tidak menjadi langsung. Rupa
bentuk insan yang kita mahukan itu telah digaris secara sempurna dan bertulis
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
"Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."
Persoalannya
apakah kemenjadian murid yang digariskan begitu murni dalam FPK ini telah kita
capai dengan sempurnanya ? Atau baru nampak bayangnya ? Apakah fenomena
sosio-budaya dan amalan nilai dalam kehidupan generasi kita hari
ini benar-benar mencapai kesempurnaan masyarakat berilmu dan bertamaddun ? Dan
jika ianya ditafsir sebagai "kurang berjaya" siapa yang perlu
dipertanggungjawab ? Dan apakah penyelesaian dan kesudahannya?
Mampukah nanti negera kita mencapai Wawasan Negara Maju Tahun 2020?
Pada
pandangan kita penyediaan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
- 2025 yang memberi penekanan aspek kemenjadian murid melalui Aspirasi Murid dengan memberi
enam ciri utama murid adalah usaha memantap dan memperkasakan lagi makna
kemenjadian murid dalam FPK. Enam ciri utama murid yang dihasratkan:
- Murid yang mempunyai pengetahuan
- Murid yang mempunyai kemahiran berfikir
- Murid yang mempunyai kemahiran memimpin
- Murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa
- Murid yang mempunyai Etika dan Kerohanian
- Murid yang mempunyai Identiti Nasional
Justeru
itu,
dapatlah difahami bahawa kemenjadian
murid merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi domain utama pembelajaran iaitu, ilmu pengetahuan, kemahiran sosial dan mengamalkan nilai murni dalam
kehidupan. Matlamat akhir
kelak adalah membentuk masyarakat
Malaysia yang lebih toleran, menghormati orang lain dan berilmu pengetahuan.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan
pemerhatian, hanya beberapa bentuk interaksi yang memberi kesan negatif sahaja
akan dibincangkan. Antara interaksi yang memberikan kesan negatif ialah
pengasingan atau pengkelasan murid, pelabelan murid, dan pengaruh rakan sebaya.
Tiga interaksi yang memberi kesan kepada kemenjadian murid ini akan dikupas
bersesuaian dengan interaksi yang berlaku di sekolah khususnya.
1. Pengkelasan Murid
Dasar kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan, amat berbeza
dimana
Pendidikan melalui pengaliran diamalkan. Melalui pengaliran ini, murid-murid akan bersaing untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan ini di sahkan oleh sistem peperiksaan. Bagi mencapai matlamat sekolah murid-murid di asingkan mengikut kebolahan. Pelajar yang cemerlang akan di tempatkan dalam kelas A, murid yang sederhana dalam kelas B manakala murid yang lemah dalam kelas C dan D. Contohnya selepas UPSR pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah akan diasingkan mengikut keputusan UPSR. Di peringkat sekolah menengah pelajar-pelajar diasingkan mengikut keputusan PMR dan SPM.
Pendidikan melalui pengaliran diamalkan. Melalui pengaliran ini, murid-murid akan bersaing untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan ini di sahkan oleh sistem peperiksaan. Bagi mencapai matlamat sekolah murid-murid di asingkan mengikut kebolahan. Pelajar yang cemerlang akan di tempatkan dalam kelas A, murid yang sederhana dalam kelas B manakala murid yang lemah dalam kelas C dan D. Contohnya selepas UPSR pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah akan diasingkan mengikut keputusan UPSR. Di peringkat sekolah menengah pelajar-pelajar diasingkan mengikut keputusan PMR dan SPM.
Selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh kerajaan maka wujudlah
sekolah- sekolah berasrama penuh. Sekolah–sekolah ini wujud supaya dapat
membantu kaum yang ketinggalan dalam ekonomi mencapai pembanggunan yang
setara dengan kaum-kaum lain di Negara ini. Khasnya kaum Bumiputra.
Amalan Meritokrasi secara umumnya telah di terima oleh segenap lapisan
masyarakat di Malaysia sebagai sebahagian dari sistem Pendidikan Negara.
Kesimpulanya, Metrokrasi membolehkan setiap murid dan pelajar menikmati pendidikan yang sempurna mengikut kebolehan masing-masing. Ianya juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
Kesimpulanya, Metrokrasi membolehkan setiap murid dan pelajar menikmati pendidikan yang sempurna mengikut kebolehan masing-masing. Ianya juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
Seperti mana yang dinyatakan sebentar tadi bahawa Metrokrasi memberi
peluang kepada semua murid dan pelajar untuk mencapai pendidikan ke tahap yang
maksimum. Setiap murid dan pelajar di beri peluang untuk memperolehi ilmu
pengetahuan mengikut kebolehan mereka. Namun apabila kita membincangkan isu
pengasingan pelajar, kita dapati ada pihak yang cuba menyalahgunakan konsep ini
untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, Pengetua , Guru Besar dan guru–guru
yang sedia maklum perkara ini cuba untuk mengasingkan pelajar-pelajar mengikut
kaum. Mereka berbuat demikian supaya dapat memberi pendidikan kepada kaum
mereka sahaja dan kaum-kaum lain di tinggalkan. Apabila ini berlaku maka
satu kaum dapat menguasai ilmu pengetahuan. Agenda sebenar mereka ialah supaya
menjadikan kaum-kaum lain lemah dari segi ilmu pengetahuan dan ekonomi.
Apabila perkara ini berlaku, interaksi negative akan berlaku pada kelas
rendah atau hujung oleh sebahagian guru dan pelajar kelas hadapan. Ini akan
menyebabkan murid kelas bawah ini akan merasakan rendah diri dan tidak
dihargai. Motivasi untuk belajar juga akan jatuh dan menyebabkan mereka tiada
semangat untuk menuntut ilmu. Hal ini akan berterusan dan golongan pelajar ini
juga akan menjadi penyebab berlakunya gejala social dan masalah disiplin di
sekolah. Ini dapat disimpulkan bahawa pengekelasan adalah salah satu interaksi
negatif yang berlaku di sekolah dan menyebabkan kemenjadian murid terganggu.
2. Pelabelan Murid
Pelebelan didefinisikan sebagai mengecap
seseorang mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu
dan sebagainya. Pelebelan juga boleh dianggap sebagai satu tanggapan atau
penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu
perkara.
Kesan negatif pelebelan kepada murid ialah ia
akan mewujudkan sifat
pemalu yang tinggi dikalangan murid yang rendah. Murid sering diketepikan dalam
segala aktiviti yang diadakan di sekolah. Murid yang hanya berbakat dan dilihat
cerdik sahaja yang mendapat peluang menyertai pelbagai pertandingan. Selain itu
timbulnya pelbagai istilah negatif bukan sahaja menyebabkan murid patah hati
untuk belajar tetapi menjurus kepada masalah disiplin.
Selain itu kesan negatif pelebelan kepada
ibu bapa murid juga berlaku antaranya ialah tekanan psikologi dan
rasa rendah diri dikalangan ibu bapa dan ahli keluarga sendiri. Mereka tidak dapat menerima persepsi
masyarakat terhadap anak-anak mereka. Mereka dilihat sebagai liabiliti bukannya
sebagai aset. Ini dilihat memberi kesan negatif terhadap interaksi dalam
kemenjadian murid.
3. Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza.
Apabila berada di rumah seseorang
itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan
bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur
yang hampir-hampir sama di antara
satu sama lain.
Mustafa Fahmi (1971) menyatakan remaja
cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Remaja diperingkat awalan ini akan bersungguh
mencuba bertingkah laku
seperti
tingkahlaku kumpulannya.
Remaja
ini juga akan melakukan
atau
membuat
apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya.
Muhd. Mansur Abdullah dan rakan- rakan (1988) menyatakan
dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu
tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam
personalitinya. Oleh itu pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Dalam hal ini, siapa yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi pilihan.
Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenalpasti rakan-rakan
yang berakhlak mulia (Osman
Ayub, 1990). Melalui
rakan-rakanya yang
positif ini akan wujudlah model-model positif yang boleh dikembangkan
di
semua peringkat. Di Malaysia, program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkan untuk membaiki
disiplin di kalangan pelajar.
Dalam aspek pengaruh
rakan
sebaya
dapatan
kajian
lepas
menunjukkan pelajar menghisap rokok secara berkumpulan
atau bersama rakan. Pelajar juga menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan
tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri
dan mengadakan peraturan tertentu
dan ahli kumpulan
hendaklah mematuhinya. Hal ini
mula menimbulkan masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan dipukul, mereka akan membalas
secara berkumpulan (Dewan Masyarakat, April
2005).
Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat
nasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 2003 yang menunjukkan punca salahlaku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh faktor diri, keluarga,
persekitaran rakan sebaya
dan juga sekolah.
Sebagai contoh,
kajian tersebut mendapati pada tahun 2003 kira-kira 81.03 peratus
melakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana pengaruh rakan sebaya dan 1.24 peratus
kerana faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April 2005).
Daripada beberapa dapatan kajian dan pemerhatian,
didapati bahawa pengaruh rakan sebaya adalah salah satu berlakunya interaksi
negatif. Persekitaran yang baik akan membantu ke arah interaksi yang baik di
kalangan pelajar dan murid. Namun sebaliknya sekiranya persekitaran yang
negatif, maka akan mempengaruhi interaksi yang tidak baik. Apabila ini berlaku
maka akan menyebabkan proses kemenjadian murid tidak dapat dilaksanakan.
Kesimpulannya bagi membentuk kemenjadian murid, maka perlulah memastikan
persekitaran yang baik bagi melahirkan anak-anak yang berinteraksi sesama
mereka dalam suasana positif.
Kesimpulan
Proses kemenjadian murid meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI). Ia memerlukan kerjasama semua pihak iaitu ibu bapa,
guru, kementerian, pemimpin atasan dan bawahan, NGO dan golongan ilmuan serta
pendakwah. Sekiranya halangan dalam interaksi negatif iaitu pengkelasan,
pelabelan dan pengaruh negatif rakan sebaya dapat diatasi, maka sedikit
sebanyak akan membantu kemenjadian murid.
Diharapkan kita semua bersama berganding bahu membantu
melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek. Kemenjadian murid adalah
matlamat yang utama sekarang kerana kita bukan sekadar mahu melahirkan murid
yang menguasai akademik semata-mata tetapi menguasai, memahami, mengamalkan dan
menyampaikan apa yang terkandung dalam JERI.
Bibliografi
Amir Hassan
Dawi.2002.” Sosiologi dan Pendidikan”.Tanjung Malim:Quantum Books
Fatimah
Daud.1992. Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Ahmad
Mahdzan Ayob.1992. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bernama.
.Kesatuan Guru Melayu Kesal Sikap Siva(Article).Berita Harian.
22 Dis 2001.
22 Dis 2001.